Khamis, 5 Mac 2015

Tips Tambah Berat Badan Tanpa Menghabiskan Banyak Wang dan Masa

5 TIPS DIET UNTUK TAMBAH BERAT BADAN 



Di sini saya ingin berkongsi LIMA TIPS CEPAT DAN HEBAT untuk mendapatkan berat badan idaman.
1. Jangan biarkan perut anda kosong tanpa makanan melebihi empat jam.
Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ia berfungsi seperti enjin yang sentiasa dihidupkan kerana jantung sentiasa berdenyut, darah sentiasa beredar, otak dan otot juga sentiasa bekerja. Apabila kita melangkau waktu makan tanpa mengikut jadual, kita sebenarnya telah mengganggu sistem tubuh yang seperti juga enjin yang memerlukan bahan api untuk terus beroperasi. Hasilnya ialah keperluan tenaga terjejas termasuklah jisim otot. Kaedah terbaik untuk mengelakkan badan daripada kehilangan tisu-tisu yang penting adalah untuk makan secara tetap, jarak kira-kira dalam 3 ke 5 jam. Makanlah dengan konsisten kerana konsistensi adalah kunci utama.
2. Makan beberapa makanan sekaligus.
Kita perlu mensasarkan sekurang-kurangnya tiga kumpulan makanan. Bukan sekadar sebiji pisang atau segenggam kacang. Tambahkan dengan beberapa keping roti bakar bersama dengan mentega. Sebagai pelengkap, segelas susu organik tanpa lemak atau segelas soya. Pengambilan pelbagai variasi makanan akan meluaskan lagi spektrum nutrien untuk tubuh yang bekerja sepanjang hari.
3. Makan dengan sihat dan ambil makanan padat dengan khasiat.
Cara terbaik untuk memaksimum pengambilan nutrien tanpa perlu makan secara berlebihan adalah dengan memilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam hidangan yang kecil. Buah-buahan kering adalah contoh yang baik. Dengan air yang diserap keluar, jadi secawan anggur bertukar menjadi suku cawan kismis. Hanya pastikan mengambil buah-buahan kering tanpa gula tambahan atau pengawet. Lebih berkhasiat dan padat dengan nutrien yang diperlukan tubuh.
4. ‘Minum’ makanan anda.
Cecair tubuh sebenarnya tidak diganti dengan mudah seperti makanan pepejal. Jadi apabila anda cuba untuk menaikkan berat badan, cecair boleh ditambah dengan minum sebagaimana biasa kerana ianya takkan membuatkan anda berasa sendat atau kembung perut. Pilihan terbaik termasuklah jus buah-buahan segar, susu organik atau soya dan smoothie. Smoothie adalah ideal kerana anda boleh mengambilnya dengan pelbagai makanan seperti gandum, mentega kacang, jus lobak merah dan serbuk protein.
5. Makan tepat sebelum tidur.
Pada kebiasaannya, banyak proses penyembuhan, pembaikan dan pertumbuhan semula (regenaration) oleh tubuh berlaku semasa kita tidur. Ia adalah waktu yang sibuk untuk tubuh membina otot dan tisu. Justeru, makanlah snek yang sihat sebelum tidur untuk memastikan nutrien mencukupi bagi tubuh untuk menjalankan tugas. Paling bagus mungkin anda boleh makan semangkuk kecil pasta salad yang dibuat dengan minyak zaitun extra-virgin, sayuran yang dicincang dan protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan