Sabtu, 7 Mac 2015

Wajib Beri Nafkah Walaupun Isteri Bekerja





WAJARKAH seorang suami tidak memberi nafkah kepada isterinya dengan alasan isteri bekerja?
Sudahlah dia tidak memberi nafkah, malah menyuruh saya membayar sewa rumah dan mengeluarkan belanja membeli barangan dapur setiap bulan. 
Dia seolah-olah belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Saya sangat terkejut dengan perubahan suami. Sepanjang kami berkawan sehingga masuk sembilan bulan berkahwin, suami tidak pernah jujur terhadap saya. 

Saya dan keluarga sangat terkilan dengan keadaan sekarang kerana suami seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada saya untuk menguruskan hal perbelanjaan rumah tangga.

Setiap kali meminta belanja, suami akan memberitahu tiada wang. Tetapi apabila masa gaji bulanan saya masuk ke akaun, suami minta dibelanja sedangkan apabila berkaitan wang, suami terlalu berkira.

Apabila saya meminta nafkah, kami bergaduh dan dia beri pelbagai alasan. Ketika bujang, suami memang tidak pernah keluarkan duit belanja kepada keluarga. 

Dia anak sulung dalam keluarga. Saya cuma inginkan hak saya dan mohon Dr beri penjelasan dan nasihat yang sewajarnya. 

FATONAH, 
Pulau Pinang
 



PERKARA di atas tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan. 

Pengecualian hanya kepada isteri nusyuz atau anak sudah baligh dan mampu bekerja. Bagaimanapun, dalam menentukan kadar nafkah, ia bergantung kepada kemampuan suami. 

Islam menyuruh suami bekerja untuk menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan. 
Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab mengurus keluarga, mendidik anak dan melayan suami. 

Apabila ingin bekerja, isteri perlu mendapat keizinan suami dan pekerjaan mestilah yang baik, halal dan sesuai dengan ciri wanita dan taraf pendidikannya. 

Isteri pula perlu bersungguh-sungguh mematuhi hukum Islam ketika di luar rumah dan waktu bekerja. Selain itu, suami tidak boleh menyekat isteri bekerja apabila sudah ditetapkan kerja sebagai syarat ketika pernikahan. 

Bagaimanapun, suami boleh meminta isteri berhenti bekerja untuk kepentingan keluarga dan anak walaupun ada syarat bekerja sebelum ini. Islam juga tidak membenarkan suami mensyaratkan isteri berkongsi pendapatannya dengan suami apabila bekerja. 

Islam membenarkan adanya persefahaman antara suami isteri dalam berkongsi hasil pendapatan dan pengurusan kewangan antara kedua-dua mereka. 

Ia dibuat tanpa paksaan dan kerelaan isteri. (Lihat perbincangan, ‘Wajibkah Memberikan Nafkah Jika Isteri Bekerja?’ dan petikan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 di Dubai pada 9-14 April 2005 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12243.0). 

Dengan kata lain, suami tidak boleh lepas tangan dalam memberi nafkah kepada isteri dengan alasan isteri bekerja. Memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami. 

Mana-mana isteri yang tidak berpuas hati dengan pengabaian nafkah bolehlah melaporkan aduan kepada pihak berkuasa agama untuk penyelesaian

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN




DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati. 

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.

Rahsia-rahsia Suami Kepada Isterinya




1. Suami berkeinginan untuk di hormati.
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami. Maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.
Lelaki terutama sekali lelaki Islam, telah diajar bahawa suami meruapakan ketua rumah tangga. Ketua rumah tangga ini telah dididik dan diajar sejak kecil lagi bahawa merekalah yang akan menanggung keluarga.
Adalah amat susah bagi lelaki untuk pulang ke rumah yang mana dirinya tidak dihormati. Justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan prioriti dalam rumah tangga.
Tiada hormat maka tiadalah cinta yang dapat diberikan oleh suami. Amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga dan apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.

Image
[ca_audio url=”http://alhafiz.net/wp-content/uploads/2012/11/004034.mp3″ width=”500″ height=”27″ css_class=”codeart-google-mp3-player”]

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah An-Nisa , Ayat 34)
2. Suami ingin memiliki isteri yang setia.
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang. Namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Suami memerlukan isteri, atau wanita dalam hidupnya. Walaupun, ada suami yang menyangka bahwa dia boleh hidup tanpa wanita. Namun, hakikatnya lelaki amat memerlukan suami.
Justeru, berilah apa yang suami inginkan, kesetian. Kesetian bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.
Lelaki sering memikirkan sama ada isteri mereka akan tetap bersama mereka jika berlaku masalah kewangan, kehilangan kerja, dilanda penyakit yang menyebabkan kehilangan mata pencarian. Kegagalan dalam perniagaan atau suami terpaksa berhenti kerja untuk sambung belajar atau ketika suami difitnah dan menyebabkan nama baiknya tercalar.
Kesetian merupakan asas dalam perhubungan bagi suami. Jika isteri setia pada suami, maka kesetian jugalah yang akan diberikan oleh suami kepada isteri.
3. Suami sentiasa mahu keperluan sex dipenuhi.
Setuju atau tidak, sex merupakan satu keperluan bagi suami. Walaupun, perkara ini tidak dibincang secara terbuka. Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan sex sebagai salah satu perkara yang diinginkan daripada suami.
Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu yang menyebabkan suami rasa di reject.
Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.”
(Muslim)
Jadi, usahalah sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak suami. Jika berada dalam keadaan uzur atau tidak sihat. Maka, tolaklah dengan cara baik dan beritahu masa lain untuk bersama. Isteri juga boleh mengambil inisiatif untuk bersama suami. Ini akan menambahkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga.
Keinginan sex ini juga berkait rapat dengan 2 perkara di atas iaitu rasa hormat dan memilki isteri yang setia.
4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang perempuan.
Eh, mana boleh suami fikirkan wanita lain selain isteri. Okay, maksud suami sentiasa memikirkan tentang perempuan bermaksud seperti mana perempuan bercerita mengenai lelaki bergitu jugalah lelaki akan bercerita mengenai perempuan. Cuma beza adalah dari segi kekerapan.
Maksud berfikir tentang perempuan bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri, atau suami berfikir untuk kahwin dua, atau suami berfantasi dengan perempuan lain.
Cuma itu adalah lumrah dan sifat lelaki dan perkara ini dirahsiakan dan tidak diberitahu kepada isteri. Ini adalah lumrah atau cara otak lelaki berfikir secara langsung atau tidak langsung.
Untuk mengelakan suami daripada berfikiran seperti ini.
Berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi. 1. Hormat 2. Setia 3. Sex
Insyallah, suami akan teragak-agak untuk cari lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka dan berusaha untuk mengembirakan hati isterinya. Contohnya: Beri duit lebih, bawa makan angin, beri hadiah mahal dan akan lebih mahu mendengar dan memenuhi permintaan isteri mereka.
5. Suami suka mengembirakan hati isteri.
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk isteri dan keluarga. Kenapakah suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?
Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri.
Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami.
Walaupun demikian, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak buat untuk isteri. Atau mencari jalan untuk mengagalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.
Ini akan menyebabkan suami kecewa dan rasa tidak dihormati. Rasa hormat merupakan perkara pertama yang diingini oleh suami yang tidak diberitahu kepada isteri.
6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka.
Allah Berfirman dalam surah Al-Asr ayat 3
Image
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Juga memaksa suami jarang sekali berkesan.
Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami. Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.
7. Suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya.
Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.
Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka.
Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.
Jesteru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Contohnya: Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami

TIPS MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA BEZA AGAMA




HARGAI MEREKA

Hargai pasangan anda. Situasi pada saat ini adalah cinta yang datang tanpa kita minta. Dengan menghargai pasangan kita adalah perkara terbaik yang boleh kita lakukan


JANGAN MENGUBAH PASANGAN KITA

Cubaan anda untuk mengubah pasangan kerana ingin kehidupan cinta anda berlanjutan hanya akan menimbulkan rasa pelik. Ini akan menimbulkan rasa menyesal pada pasangan kerana menjalinkan hubungan dengan anda


BERFIKIRAN TERBUKA


Sama seperti hidup dalam sebuah negara yang mempunyai banyak budara dan berbeza agama, maka umumnya kita mempunyai pandangan yang tersendiri. Siapkan diri untuk lebih berfikiran terbuka terhadap perkara sekeliling agar tidak menyinggung antara satu sama lain.


BINCANGKAN MASA HADAPAN


Jangan lupa untuk membicarakan masa depan. Kemana hendak dibawa hubungan ini dan bagaimana pandangan anda bertentang keyakinan yang berbeza. Melambatkan proses perbincangan akan membuatkan hubungan anda terombang ambing 

KELEBIHAN WANITA LEBIH TUA DARI LELAKI





LEBIH MENIKMATI SEKS

Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an.

Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.

LEBIH BIJAK DAN POSITIF

Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian.

Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta memberi simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan.

LEBIH MENGHARGAI CINTA

Penambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya.


PENGALAMAN LUAS

Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan.

Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Sementelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia