Sabtu, 7 Mac 2015

PERBANDINGAN KERETA HONDA DAN MITSUBISHI

PERBANDINGAN KERETA HONDA DAN MITSUBISHI
Kereta merupakan suatu alat pengangkutan yang menjadi kegilaan ramai orang yang tidak mengira lapisan masyarakat. Mungkin keadaan itu berlaku disebabkan kereta adalah suatu keperluan asas yang patut dimiliki oleh setiap orang. Di Malaysia sahaja, kita dapat lihat pelbagai jenis dan model kereta samada kereta buatan tempatan sehinggalah buatan eropah. Sungguh banyak berpeleseran di atas jalanraya. Walaupun begitu, di sini kita akan cuba menyusuri teknologi kereta buatan honda dan mitsubishi yang masing-masing berasal dari negara mata hari terbit Jepun. Honda dan mitsubishi sangat mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia. Permintaan kedua-dua kereta ini sangat laris di pasaran samada di wakil jualan kereta baru atau terpakai. Di sini timbul satu tanda tanya kepada kita semua apakah keistimewaan kedua-dua teknologi ini yang sangat mengagumkan para pemandu dan pengemar kereta. Semuanya akan cuba dikupas dan dibentangkan di dalam penulisan ini. Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari beberapa majalah, artikel dan tulisan di dalam internet, maka dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua teknologi kereta ini memmpunyai keistimewaan yang tersendiri. Sungguhpun begitu, kita akan cuba lakukan perbandingan di antara kedua-dua teknologi ini melalui beberapa aspek. Aspek-aspek tersebut ialah keupayaan bergerak, keselesaan pemanduan, saiz kereta, penggunaan minyak dan harga pasaran kereta tersebut. Berdasarkan perbandingan ini kita akan perolehi teknologi paling terbaik di antara honda atau mitsubishi. Bagi melakukan perbandingan yang tepat dan berkualiti, persamaan model dan siri kereta merupakan salah asas yang penting. Maka di sini, kami menggunakan model kereta Civic 2.0 i-Vtec bagi honda manakala kereta model Mitsubishi MIVEC (Lancer Evolution GSR) untuk teknologi mitsubishi. Pemilihan model kereta ini dipadankan berdasarkan persamaan dari segi isipadu minyak yang digunakan iaitu 2000 liter. Aspek pertama yang dibandingkan ialah keupayaan bergerak bagi kedua-dua kereta ini. Maka dalam aspek ini, kita akan lihat keupayaan bergerak sesebuah kereta itu berdasarkan kuasa kudanya. Mitsubishi mempunyai keupayaan yang cukup hebat iaitu 269 kuasa kuda pada 6900 rpm. Manakala Honda Civic 2.0 pula mempunyai 189 kuasa kuda pada 8000 rpm. Maka di sini jelaslah bahawa Mitsubishi Lancer Evolution GSR mempunyai kuasa kuda yang lebih kuat dan tinggi berbanding dengan Honda Civic 2.0 i-Vtec. Dalam erti kata lain, Mitsubishi Lancer Evolution GSR mampu meninggalkan jauh sebuah kereta Honda Civic 2.0 i-Vtec pada peringkat pecutan awal. Teknologi honda tidak mampu menyaingi mitsubishi dalam aspek ini seterusnya meletakkan mitsubishi di antara sebuah pengeluar kereta yang berkuasa tinggi. Keselesaan pemanduan adalah aspek kedua dalam membandingkan kedua-dua teknologi ini iaitu samada Honda atau Mitsubishi. Dalam aspek ini, kita amat sukar untuk memperolehi jawapan yang tepat memandangkan setiap peminat kereta mempunyai keselesaan yang berbeza. Sesetengah di antara mereka menafsirkan bahawa keselesaan pemanduan bergantung kepada ciri-ciri keselamatan yang direka khas untuk sesebuah kereta. Ada juga segelintir lain menyatakan bahawa keluasan dan keunikan hiasan dalaman sebagai satu keselesaan semasa memandu. Bahkan selainnya, keselesaan ini juga boleh dirasai apabila sesebuah kereta itu boleh memuatkan penumpang dan barang-barang dengan banyak. Maka terlalu banyak dan pelbagai istilah-istilah dan maksud keselesaan pemanduan sesebuah kereta. Berdasarkan kepelbagaian itu, maka kami mengabungkan segala perasaan itu kepada satu kriteria utama dalam memperolehi jawapan kepada maksud keselesaan pemanduan. Hasilnya, sebuah kereta yang selesa ketika pemanduan adalah apabila kereta itu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik, ukiran dan hiasan dalaman yang menarik dan kapasiti penumpang serta ruang dalaman yang luas dan sempurna. Dalam aspek ini, teknologi Honda telah berjaya menewaskan teknologi Mitsubishi. Ini kerana Honda berjaya mencipta siri CIVIC 2.0liter i-Vtec dengan menampilkan dan memperkemaskan ciri-ciri keselamatan yang hebat di mana terdapat sistem ABS pada keseluruhan tempat duduknya yang mana merangkumi pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang. Manakala Mitsubishi Lancer Evolution X pula hanya menampilkan sistem ABS tersebut di bahagian pemandu dan penumpang hadapan sahaja. Selain itu, ukiran dan hiasan dalaman bagi kedua-dua kereta ini masing-masing hebat dan menarik. Di mana kita boleh lihat bahawa kedua-dua jentera jepun ini dapat memikat hati pengemar kereta dengan mengenengahkan teknologi elektronik untuk semua sistem di bahagian papan muka hadapan kereta (dashboard). Sistem elektronik benar-benar menguja perasaan dan kepuasan pengemar dan peminatnya. Seterusnya kapasiti penumpang dan keluasan ruangan dalaman pula, Honda sekali lagi berjaya menewaskan Mitsubishi. Keadaan ini disebabkan keluasan jentera CIVIC 2.0 litres i-Vtec adalah lebih besar berbanding Mitsubishi Lancer Evolution GSR. Selain yang dinyatakan sebelum ini, terdapat beberapa lagi ciri-ciri keselesaan dan kemewahan kedua-dua teknologi ini yang boleh dibandingkan. Dari aspek music, entertainment and communication, kedua-dua hampir kereta mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu am/fm stereo, cd player dan mp3 player. Namun terdapat beberapa ciri-ciri yang terdapat pada honda tetapi tiada pada mitsubishi iaitu premium sound system and auxiliary audio output. Dari aspek climate control pula, mitsubishi mempunyai auto climate control / air condition and front air conditioning manakala honda pula tiada ciri-ciri tersebut. Dari aspek window, mirrors and wiper pula, mitsubishi dan honda berkongsi ciriciri seperti intermittent wipers, variable speed interminttent wipers, power driver and passenger mirror, power driver and passenger vanity mirror. Steering pula, mitsubishi dan honda mempunyai steering wheel audio controls and leather wrapped steering wheel. In aspect interior and exterior, mitsubishi and honda still have same berpandukan ciri-ciri tersebut iaitu front floor mats and rear floot mats. Kedua-dua kereta juga mempunyai ciri-ciri keselesaan di bahagian seat iaitu terdapat rear seat pass through, cloth seats and front bucket seats. Untuk memberi keselesaan yang begitu menakjubkan, honda menggunakan tayar bersaiz P215/45VR17 di hadapan dan dibelakang manakala mitsubishi pula menggunakan tayar bersaiz P245/40R18. Perbezaan tersebut telah menunjukkan bahawa kedua-dua kenderaan ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk memastikan pergerakkan kereta terus memberi kepuasan kepada pemiliknya. Seterusnya, kami ingin mengemukakan perbandingan di antara kedua-dua kereta ini dari aspek keselamatan. Sesunguhnya diketahui bahawa semua pengeluar kereta di dunia pasti menitik beratkan mengenai perihal keselamatan. Bahkan juga, ciri-ciri keselamatan yang baik mampu menarik ramai pembeli dan peminat kereta untuk memilikinya. Honda Civic 2.0 i-Vtec telah memperkemaskan ciri-cirinya dengan drive air bag, passenger air bag, passenger air bag on/off switch, side head air bag, rear head air bag, traction control, bectronic stability control and vehicle Anti- theft system. Mitsubishi Lancer Evolution GSR juga mengandungi ciri-ciri keselamatan seperti honda tetapi ditambah lagi dengan beberapa ciri-ciri lain iaitu 4-wheels abs and 4wheel disc brakes. Aspek keempat yang kami telah lakukan perbandingan adalah berdasarkan aspek penggunaan minyak di antara kedua-dua teknologi ini. Honda CIVIC i-Vtec 2.0 menggunakan 1 literpadu petrol untuk perjalanan sejauh 21km bagi kawasan bandar manakala 29km pula bagi lebuhraya. Manakala berbeza dengan Mitsubishi Lancer Evolution GSR yang mana menggunakan 1 literpadu petrol sejauh 16km bagi kawasan bandar dan 22km bagi lebuhraya. Perbezaan tersebut jelas menunjukkan bahawa enjin teknologi honda lebih menjimatkan penggunaan minyak petrol berbanding dengan enjin teknologi Mitsubishi. Walaupun kedua-dua teknologi ini sama dari segi cc iaitu 1998 cc namun honda berjaya mencipta sebuah teknologi yang mampu mengurangkan penggunaan minyak malah juga mampu menghasilkan kuasa pecutan yang setanding dengan pengeluar kereta lain. Perbandingan terakhir yang dilakukan ialah harga pasaran di Malaysia bagi kedua-dua kereta ini. Kami telah memperolehi dapatan berkenaan harga bagi kedua-dua kenderaan ini melalui majalah Asian Auto. Harga model sebuah Honda CIVIC 2.0 i-Vtec ialah RM 124, 800.00 dan bagi versi CIVIC 2.0 Type ‘R’ Vtec pula ialah RM 199, 800.00. Manakala model Mitsubishi Lancer Evolution GSR X pula ialah RM 315, 436.10 dan bagi Mitsubishi Lancer GT ialah RM 119, 624.10. Dapat disimpulkan bahawa teknologi Mitsubishi lebih mahal harganya berbanding dengan honda. Mungkin ciri-ciri tertentu yang terdapat pada Mitsubishi tidak terdapat pada Honda sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan ini jauh berbeza harganya. Keseluruhannya, kedua-dua kenderaan buatan jepun ini sangat menarik dan hebat. Bahkan terbukti di mana di dalam Filem Fast Furios 1 sehingga 4 menggunakan kereta-kereta ini dalam setiap aksi perlumbaan kereta. Selain itu, ramai pengguna dan peminat kereta di negara kita turut menggunakan kereta-kereta ini. Mereka sanggup melakukan pelbagai usaha untuk memastikan mampu memiliki kereta tersebut. Bahkan bukan sekadar itu, ada dikalangan besar peminat kereta sanggup untuk melakukan proses pengubahsuaian enjin kereta tempatan dengan menggantikan dengan salah satu enjin jepun itu. Mereka akan mendapatkan enjin dan alat ganti kereta jepun ini di kedai-kedai potong (halfcut) di seluruh Malaysia demi mencapai hasrat menggunakan teknologi Mitsubishi dan Honda. Walaupun begitu honda dan mitsubishi ini mempunyai kelebihan masing-masing yang tiada tolak bandingnya. Berdasarkan 5 aspek yang telah dilakukan perbandingan sebelum ini maka kita dapat merumuskan kepada beberapa kategori. Teknologi Honda berjaya menghasilkan sebuah kereta yang menjimatkan penggunaan minyak dan harganya pula jauh lebih rendah berbanding kereta Mitsubishi. Manakala teknologi Mitsubishi pula berjaya mencipta sebuah kereta yang berkuasa tinggi dari segi kelajuan, horsepower dan pecutannya yang mana teknologi honda tidak mampu menyainginya. Tetapi honda dan mitsubishi masing-masing berkongsi kelebihan dan keistimewaan dari sudut features, interior, exterior dan lain-lain lagi. Oleh demikian, kami menyatakan bahawa kereta teknologi honda adalah pilihan sesuai kepada golongan yang menitikberatkan aspek keselesaan, penjimatan minyak dan harga yang berpatutan. Namun teknologi Mitsubishi pula amat sesuai kepada golongan yang mahu kepada perfomance, racing, sport dan bergaya. Sebagai kata akhir, kedua-dua kereta ini mampu memberi satu mimpi indah kepada peminat kereta dalam pemanduanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan