Khamis, 5 Mac 2015

Petua Menghilangkan Keputihan Dalam Jangka Masa Yang Lama

Petua Mudah Merawat Keputihan






Pilihan 1:

Bahan-bahan:
• Suku gelas daun misai kucing
• 2 batang tapak sulaiman
• suku gengam daun inai
• satu jari akar kunci kucing
• 3 jari gula enau
• 4 gelas air

Cara Membuatnya:
Bahan-bahan ini dirajang dan direbus sehingga air menjadi ¾ suku jumlah asal. Minum 3 kali sehari

Pilihan 2: Ambil 2 biji delima putih yang masih muda, ditumbuk halus. Campurkan segengam daun delima putiih. Bahan-bahan ini direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas air. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Jangan makan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.

Pilihan 3: Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada dimakan mentah atau dicelur, daun yang tua direbus, sejukan dan dibuat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Pilihan 4: Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.


Pilihan 5: Jika anda tiada masa untuk melakukan semua petua di atas tadi. Anda ada pilihan yang paling cepat dan efficient , iaitu mengamalkan makan JAMU RATU DARA ,  di perbuat daripada 100% herba seperti kacip fatimah, akar serapat, manjakani dan herba- herba lain yang sangat bagus untuk masalah dalaman wanita bujang mahupon wanita yang sudah berkahwin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan