Selasa, 3 Mac 2015

Ranking Sekolah Terbaik SPM 2014 SBP Dan MRSM 2015

Ranking Sekolah Terbaik SPM 2014 SBP Dan MRSM 2015


Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2014 Untuk SBP Dan MRSM 2015. Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di sekolah-sekolah seluruh negara termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang diumumkan pagi tadi, 3 Mac 2015 menunjukkan penurunan namun ia masih mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) yang ditetapkan pada 5.08.

GPN ialah indeks yang diguna untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara iaitu jika semakin kecil nilainya menunjukkan pencapaian lebih baik.

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, di sini diumumkan sebagai sekolah terbaik SPM 2014 peringkat kebangsaan apabila seramai 128 pelajar daripada 270 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 meraih keputusan semua A. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata, 128 pelajar berkenaan meraih keputusan A+, A dan A- dalam semua matapelajaran. Katanya, Gred Purata Negeri (GPN) diraih sekolah ini adalah 1.16.


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, SMK Taman Yarl, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SMK Raja Ali, SMK Yaacob Latif dan SMK Agama Kuala Lumpur diumumkan antara sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang di Kuala Lumpur. 

sekolah terbaik spm 2014

Dua belas sekolah di Selangor yang dikategorikan sebagai cemerlang antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang, Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Selangor.

Manakala di Perak, antara sekolah terbaik ialah Sekolah Menengah Sains Tapah, SMK Horley Methodist Teluk Intan, SMK Tarcisian Covent Ipoh dan SMK Ave Maria Ipoh.

Berikut adalah senarai ranking sekolah terbaik SPM 2014 untuk SBP dan MRSM 2015

SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 (SBP) SEKOLAH TERBAIK TAHUN 201

  1.     SM Sains Tunku Munawir (Sains Seremban – SASER)
  2.     Sekolah Tun Fatimah
  3.     SBP Integrasi Rawang
  4.     Sekolah Menengah Sains Alam Shah
  5.     SM Sains Kuching
  6.     SM Sains Alam Shah
  7.     SM Sains Hulu Selangor
  8.     Sekolah Seri Puteri
  9.     SM Sains Sultan Mahmud
  10.     SM Sains Seri Puteri
  11.     SM Sains Muzaffar Syah
  12.     Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  13.     SM Sains Banting
  14.     SM Sains Tapah
  15.     SM Sains Kota Tinggi
  16.     SM Agama Persekutuan Bentong
  17.     SBP Integrasi Gombak
  18.     Sekolah Sultan Alam Shah
  19.     SM Sains Miri
  20.     SM Sains Kuching Utara
  21.     Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 (MRSM) SEKOLAH TERBAIK TAHUN 2015. Ranking 2014 di SINI
  1.     MRSM Taiping
  2.     MRSM Pengkalan Chepa
  3.     MRSM Tun Ghafar Baba
  4.     MRSM Langkawi
  5.     MRSM Tun DR Ismail
  6.     MRSM Kuantan
  7.     MRSM Kepala Batal
  8.     MRSM Pasir Salak
  9.     MRSM Tun Mohammad Fuad Stephen
  10.     MRSM Pendang
  11.     MRSM Alor Gajah
  12.     MRSM Transkrian
  13.     MRSM Betong
  14.     MRSM Gemencheh
  15.     MRSM Kuala Krai
  16.     MRSM Kuala Berang
  17.     MRSM Felda


Tiada ulasan:

Catat Ulasan