Ahad, 1 Mac 2015

Penerbit filem Power/Rangers di YouTube bakal disaman?

Penerbit filem Power/Rangers di YouTube bakal disaman?






Pada Khamis, filem itu berjaya mencatatkan lebih 11 juta tontonan dalam tempoh 48 jam ia di muatnaik ke YouTube.

Nampaknya penerbit filem pendekPower/Rangersversi 'gelap' dan ganas itu mula menerima bahang kemungkinan disaman oleh pemilik hak cipta asal Power Rangers iaitu Saban Entertainment.



Adi dan pengarah, Joseph Kahn melalui kemaskini Twitter mereka pada Khamis seolah-olah menggambarkan yang mereka telah menerima ugutan saman daripada Saban Entertainment.


Joseph meminta peminat untuk menulis kepada Saban Entertainment agar tidak menghalang muat naik video arahannya itu untuk terus berada di YouTube. 

Sebelum ini, videoPower/Rangersyang dimuat naik ke platform Vimeo telah pun dipadamkan.




Penerbit filem versi 'bootleg' itu pula memuat naik artikel kemungkinan filem terbitannya itu akan dikenakan tindakan undang-undang paling penting dalam sejarah perfileman dunia.


Dalam masa sama, Joseph meminta peminat untuk memuat turun karya terbarunya itu dan turut memesan agar filem berkenaan tidak dijual tanpa kebenaran pada masa hadapan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan