Khamis, 5 Mac 2015

GAMBAR : 10 Cara Menghasilkan Gambar Yang Kreatif

1. Blur the background
Ataupun bokeh. Untuk menghasilkan gambar sebegini, ia amat berkait rapat dengan aperture lense (apa itu aperture?). Bagi pengguna DSLR dan juga mirrorless, gunakan Aperture Priority Mode (A untuk nikon, Av untuk canon). Aperture priority mode dapat mengawal aperture setting dimana ia dapat menentukan depth of field sesuatu gambar.
Gunakan wide aperture (f/1.8, f/2.8, f/4) untuk memberikan narrow depth of field ataupun bokeh yang cantik. Bokeh yang cantik dapat menonjolkan subjek.
Zooming blur. Lebih kurang macam ni lah. Maaf, tak berapa menjadi
Zooming blur. Lebih kurang macam ni lah. Maaf, tak berapa menjadi
2. Zooming blur
Kebiasaanya kita tak sentuh langsung zoom ring semasa mengambil gambar. Tetapi, dengan pemilihan subjek yang menarik, kaedah ini dapat menghasilkan gambar yang striking dan jarang sekali dilihat. Gitu (Padahal belambak)
Apa yang perlu ada adalah tripod dan juga shutter release ataupun remote. Gunakan shutter yang perlahan contohnya 1/2s dan tangkap gambar subjek menggunakan remote. Kalau takde remote, pakai timer pon boleh. Yang penting, mount camera pada tripod untuk mengelakkan gegaran.
motion blur
3. Motion blur street shots
Pernah ambil street shots? Kalau pernah, mungkin ni cara yang belum pernah korang cuba. Manalah tau kan. Bila di tengah bandar tu, pasti ramai manusia yang kehulu kehilir sibuk dengan kerja masing-masing. Point and shoot tu dah biasa. Bosan. Apakata letakkan sedikit efek supaya nampak lebih dramatik.
Untuk menghasilkan movement blur, pemilihan shutter speed dapat menghasilkan movement blur yang cantik. Contohnya gunakan shutter speed 1s ataupun 1/2s, mount camera pada tripod dan snap! Tripod penting sebab kita tak nak objek lain pon blur. Kita hanya nakkan orang ramai yang berjalan tu blur.
panning sport photography
4. Panning shots
Panning shots ni selalunya dikaitkan dengan objek yang bergerak pantas. Contohnya kereta, orang berbasikal, kanak-kanak yang sedang berlari dan sebagainya. Gambar yang terhasil akan menyebabkan subjek menjadi sharp manakala backgroundnya blur dan seolah-olah bergerak pantas. Faham?
Gunakan shutter priority mode, pilih shutter yang bersesuaian. Gunakan juga continuous shots supaya dapat shots beberapa gambar. Macam mana nak buat? Bila subjek menghampiri contohnya kereta, shots the subject a few times dan follow pergerakan dia. Dalam banyak-banyak gambar yang diambil mesti ada yang blur dan ada juga yg sharp.
water phtography
5. Bekukan pergerakan dengan flash
Flash/Speedlight bukan sahaja bertindak sebagai light source. Ia juga mampu membekukan pergerakan yang laju. Kaedah ini memerlukan flash dengan manual setting dan kalau boleh off-camera trigger. Sebagai contoh, merakam buah  jatuh dalam air. Kaedah ini kena try and error.
Gunakan manual mode dan manual focus. Set shutter speed selaju yang boleh berpadanan dengan flash yang digunakan. Aperture f/8 dan ISO 200. Pegang subjek di posisi yang bakal dijatuhkan dalam air dan focus pada posisi tersebut.Setting pada flash juga penting. Pada trial pertama, gunakan power yang rendah usually 1/128. Jika guna off-camera trigger, letakkan flash dibahagian atas bekas yang mengandungi air. Take a test shots a few time untuk menentukan exposure yang betul.
6. Extreme Shutter Speed
Antara kaedah yang menarik untuk menjadikan gambar landskap kelihatan begitu mengujakan. Penggunaan shutter speed yang sangat lama akan menjadikan objek bergerak seperti awan, air ataupun rumput yang ditiup angin kelihatan blur ataupun smooth. Cabaran utama bila bermain dengan shutter speed yang lama ini adalah over-exposed. Gambar yang dihasilkan berkemungkinan besar akan over-exposed.
water fall long exposure
7. Air terjun dramatic
Siapa sini tak pernah mandi air terjun? Pergh! Rugi beb! Mandi air terjun lagi best dari mandi air laut. Hehe. Kita tahu kan, air terjun mengalir dengan deras sekali. Kadang-kadang rasa sakit juga bila air tu jatuh atas badan kita. Pengaliran air yang laju ini amatlah cantik bila dijadikan antara subjek utama dalam gambar landskap. Kadang-kala, imej air laju juga tak begitu menarik. Lihat contoh gambar diatas. Gambar sebelah kiri menggunakan shutter speed 1/50s. Ini dapat membekukan pergerakan air terjun tu. Lihat pula gambar sebelah kanan. Shutter speed selama 30s diperlukan untuk menghasilkan gambar air seumpama itu. Menarik kan?
To do this, gunakan shutter priority mode dan pilih shutter speed yang lama. Boleh juga guna “bulb” mode jika mahu. Tapi, kadang-kala, gambar yang dihasilkan boleh jadi terlalu terang (over-exposed) sehingga hilang detail gambar. Ini kemungkinan disebabkan oleh cuaca setempat yang begitu cerah. To solve, gunakan Neutral Density (ND) filter. Filter ini dapat menyekat jumlah cahaya yang masuk tanpa memberi kesan kepada gambar.
light painting
8. Melukis dengan cahaya
Pernah melukis pakai cahaya? Melukis dengan cahaya amat bergantung kepada long exposure. Apa yang perlu adalah, camera mesti dipasang pada sturdy tripod dan gunakan shutter release untuk mengelakkan gegaran. Bila dalam keadaan yang completely dark, gunakan live view untuk set the frame dan fokus pada gambar.
Bila dalam keadaan gelap juga, mesti payah nak fokus. So, halakan torch light pada pada subjek yang nak dilukis dan fokus secara manual. Contohnya gambar diatas, fokus pada Goku. Hehe… ISO yang tinggi diperlukan memandangkan keadaan yang gelap.
9. Light trail
Untuk menghasilkan trail of light, malam adalah waktu yang paling sesuai. Sebab pada waktu ni, kita dapat shoot movement of light yang datangnya dari kenderaan. Untuk menghasilkan efek ini, kamera perlukan fixed pada position, iaitu atas tripod untuk mengelakkan gegaran. handheld adalah mustahil sebab light trail bermain dengan long exposure. So, bila handheld tu, for sure akan ada gegaran.
Screw the camera tightly on the tripod. Gunakan manual mode. Gunakan “bulb” shutter speed, small aperture ie f/11 dan ISO 100-200. Shuuter relase diperlukan sebab kita set “bulb” shutter speed. So, press shutter release bila-bila masa yang kita nak. Exposure time yang diperlukan amat mempengaruhi ambient light dalam gambar. So, try and error with the “bulb”. Jangan lupa, guna manual focus. Maybe set it to infinity.
Contoh untuk light trail dan starburst
10. Starburst effect
Melukis dengan cahaya dan light trail dah cukup cantik untuk menambahkan seri gambar. Tapi untuk menambahkan lagi seri gambar, efek starburst tak patut diabaikan. Kalau nak diikutkan benda ni boleh dibuat melalui photoshop, tapi amatlah senang jika dibuat terus melalui kamera. Nak shot starburst ni semestinya pada waktu malam lah. Masa tu boleh rakam lampu jalan atapun lampu dari bangunan yang boleh dijadikan starburst.
Gunakan small aperture contohnya f/16. Bila dah pakai f/16, semestinya shutter speed akan menjadi lama. Elakkan guna ISO yang tinggi sebab nanti akan wujud noise pada gambar. Bentuk starburst ni berbeza bergantung pada lense yang digunakan. Setiap lense ada jumlah aperture blades yang berbeza. Kalau aperture blades ada 9, starburst akan membentuk 9 point pada star tersebut.
Efek starburst ni boleh tengok pada gambar contoh diatas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan