HARGA PASARAN KUCING DI MALAYSIA
Kucing bukanlah haiwan yang diternak untuk dijadikan makanan.Ia adalah haiwan peliharaan untuk dibelai dan disayangi.Disebabkan itu tak ada kerajaan dalam dunia ni yang mengawal harga kucing ini.Terpulang kepada penjual untuk meletakkan harga sesuka hati.Kalau kita tengok kat petshop, harganya memang tinggi.Tak ramai yang mampu memilikinya.Ramai yang merungut peniaga mahu mengaut keuntungan tak masuk akal.
|
kucing kacukan parsi dan kampung |
Biasanya harga bagi seekor kucing kacukan parsi adalah sekitar RM200 hingga ke RM700.Kucing parsi jenis semi flatface pula antara RM500 ke RM1200.Kucing parsi flatface low nose biasanya dijual dalam lingkungan RM1200 ke RM1600.Jenis yang paling mahal - flatface highnose pula berharga RM1500 hingga RM3500.Harga kucing kucing ini boleh meningkat berkali ganda sekiranya memiliki sijil pegesahan baka dari TICA atau CFA atau memiliki keunikan yang jarang ditemui.
|
kucing parsi semi flatfce |
Dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan, sebenarnya semua peniaga mahu menjual semurah yang boleh untuk memenangi hati pelanggan.Tapi nak jual murah pun kenalah tengok kos dulu.Harga jualan mestilah melebihi kos.Barulah perniagaan boleh berterusan.
|
kucing parsi flatface low nose |
Bercerita tentang kos, yang paling asas adalah makanan.Harga makanan yang paling murah pun sekitar RM15 sekilo.Biasanya untuk seekor kucing, pemilik perlu menyediakan RM50 sebulan untuk kos makanannya.Tu belum masuk supplement dan susu lagi.Bagi pemilik yang mementingkan kualiti, kosnya mungkin lebih tinggi.
|
kucing parsi flatface highnose |
Yang kedua adalah kos perubatan.Kucing parsi bukanlah baka tempatan.Cuaca panas dan lembab di Malaysia tidak berapa sesuai untuk kucing ini.Daya tahan penyakitnya tidak sebaik kucing tempatan.Selain 3 bulan sekali vaksin yang wajib untuk kucing, pemilik perlu bersedia mengeluarkan belanja untuk rawatan lain seperti selsema, kutu, fungus dan cirit birit.
|
kalau macam ni, harga tak kurang dari RM6k |
Seterusnya kos pengurusan bahan kumbahan.Disebabkan kucing ini tidak sesuai dengan iklim panas, kucing perlu dibela dalam rumah sepanjang masa.Ini bermakna tandasnya perlu disediakan di dalam rumah.Bekas pasir perlu disediakan.Bagi yang menggunakan pasir disodok depan rumah, kosnya percuma.Cuma perlu rajin menukar pasir atau perlu membiasakan diri dengan bau taik kucing.Hahahaha.Bagi yang kurang rajin bolehlah membeli pasir tandas kucing.Harganya RM5 hingga RM25 setiap 5 kg bergantung pada jenis.Aku suka menggunakan jenis 'clumping' yang berharga RM19 untuk 5 kg.Walaupun harganya agak mahal tapi ianya sangat menjimatkan kerana aku hanya perlu membuang bahan buangannya dan pasir yang berketul akibat terkena air kencingnya sahaja.Tak perlu menukar keseluruhan pasir tu.Senang sikit kerja mencacai.Penjagaan bulu perlu diambilkira.Bulunya yang panjang memerlukan penjagaan yang rapi.Selain perlu disyampu 2 minggu sekali, bulunya perlu disikat setiap hari.Ini penting untuk membuang bulu bulu yang telah gugur tapi masih melekat di badannya.Kemalasan membuang bulu bulu yang dah mati ni boleh meningkatkan kos perubatan.Tabiat kucing yang suka menjilat badan untuk membersihkan diri menyebabkannya boleh tertelan bulu.Bulu bulu ini tidak dapat dihadam dan terkumpul di dalam perut.Setelah banyak, bulu bulu ni akan bergumpal dan membentuk hairball.Sesetengah kucing akan memuntahkannya melalui mulut.Namun ada jugak kucing yang tak dapat keluarkan benda alah ni..Gumpalan bulu ini akan menghalang saluran sistem pencernaan dan mengundang penyakit.
|
mata perlu kerap dicuci |
Bagi kucing kacukan parsi yang berhidung mancung, mungkin tak ada masalah dengan penjagaan mata.Tapi bagi jenis kemek, terutamanya jenis highnose, matanya selalu berair dan perlu kerap dibersihkan.Sebab tulah semakin kemek muka kucing tu, semakin tinggi harganya.
Dengan wang ringgit dan masa yang dilaburkan untuk seekor kucing parsi, memang susahlah nak dapat dengan harga yang murah.Tapi, macam yang aku cakap tadi, terpulang pada budi bicara penjual tu.Tawar menawarlah dengan berhemah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan