Sabtu, 28 Februari 2015

CARA MENGENALPASTI BARANGAN DAR KULIT BABI/KHINZIR

Nama lembut Khinzir,nama kasar BABI



Dimasa kini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.
Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.
Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

 Lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.
Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN titik-titik membentuk segitiga
Antara barangan berkemungkinan mempunyai kulit babi.
Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati beberapa industri mengunakan kulit babi. Antaranya :

KASUT.
BAG.
TALI PINGGANG.
DOMPET.
SANDAL LELAKI
BARANGAN KULIT YANG LAIN.

Penggunaan Kulit Binatang Dari Sudut Islam

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ فَقَالُوا إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا

Ertinya: daripada Ibn Abbas dia berkata bekas hamba Maimunah telah menyedekahkan seekor kambing, lalu kambing itu mati dan Rasulullah melalui tempat itu lalu bersabda “mengapa tidak kamu ambil kulitnya,
kemudian disamak lalu menfaatkannya (menggunakannya)”, justeru mereka berkata ianya adalah bangkai maka nabi bersabda ianya hanya haram jika memakannya.
Takhrij hadith: Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim, di dalam kitab al-haid pada bab menyucikan kulit bangkai dengan menyamak, halaman 190.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan