Sabtu, 28 Februari 2015

10 Umpan Terbaik Untuk Kaki Pancing





10 - Belalang
Satu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di kampung-kampung terutamanya

kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia menginjak alam dewasa.

Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail. Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.

9 - Biji Kelapa Sawit
Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak  atau sawit yang direndam 4-5 hari  sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan mudah senang untuk menewaskan  kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada datu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi, selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran.

Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan
pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.

8 - Gewang
Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Manakala  yang lain untuk laut adalah jig. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik,lipan dan juga item yang akan memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas. Sepasang mata kail atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula, digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya. 

Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia
juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.

7 - Katak
Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular. Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.

6 - Sotong

5 - Udang
Umpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk
dengan betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal.  

Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing .
pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai.

4 - Umpun Umpun
Umpan ini adalah umpan  dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis umpunumpun yang dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau
dan merah.
Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah. 
Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan
lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut
air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang.

3 - Telur Kerengga
Umpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu, tanyalah orang tua di ceruk mana sekalipun, memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan.

Ikan target: Puyu, sepat, haruan.
Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama.
Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.


2 - Cengkerik

Umpan ini lebih kurang sama sahaja seperti umpan belalang. Bezanya ia begitu mudah diperolehi di
kedai-kedai akuarium dan murah sahaja harganya. 
Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau.


1 - Cacing
Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah
padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan.

Ikan target: Hampir semua jenis ikan 
Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau
banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bilabila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.
- See more at: http://selongkar10.blogspot.com/2011/10/10-umpan-paling-popular-kaki-pancing.html#sthash.8kwlj1fv.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan