Isnin, 9 Mac 2015

Sabtu, 7 Mac 2015

Wajib Beri Nafkah Walaupun Isteri Bekerja





WAJARKAH seorang suami tidak memberi nafkah kepada isterinya dengan alasan isteri bekerja?
Sudahlah dia tidak memberi nafkah, malah menyuruh saya membayar sewa rumah dan mengeluarkan belanja membeli barangan dapur setiap bulan. 
Dia seolah-olah belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Saya sangat terkejut dengan perubahan suami. Sepanjang kami berkawan sehingga masuk sembilan bulan berkahwin, suami tidak pernah jujur terhadap saya. 

Saya dan keluarga sangat terkilan dengan keadaan sekarang kerana suami seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada saya untuk menguruskan hal perbelanjaan rumah tangga.

Setiap kali meminta belanja, suami akan memberitahu tiada wang. Tetapi apabila masa gaji bulanan saya masuk ke akaun, suami minta dibelanja sedangkan apabila berkaitan wang, suami terlalu berkira.

Apabila saya meminta nafkah, kami bergaduh dan dia beri pelbagai alasan. Ketika bujang, suami memang tidak pernah keluarkan duit belanja kepada keluarga. 

Dia anak sulung dalam keluarga. Saya cuma inginkan hak saya dan mohon Dr beri penjelasan dan nasihat yang sewajarnya. 

FATONAH, 
Pulau Pinang
 



PERKARA di atas tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan. 

Pengecualian hanya kepada isteri nusyuz atau anak sudah baligh dan mampu bekerja. Bagaimanapun, dalam menentukan kadar nafkah, ia bergantung kepada kemampuan suami. 

Islam menyuruh suami bekerja untuk menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan. 
Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab mengurus keluarga, mendidik anak dan melayan suami. 

Apabila ingin bekerja, isteri perlu mendapat keizinan suami dan pekerjaan mestilah yang baik, halal dan sesuai dengan ciri wanita dan taraf pendidikannya. 

Isteri pula perlu bersungguh-sungguh mematuhi hukum Islam ketika di luar rumah dan waktu bekerja. Selain itu, suami tidak boleh menyekat isteri bekerja apabila sudah ditetapkan kerja sebagai syarat ketika pernikahan. 

Bagaimanapun, suami boleh meminta isteri berhenti bekerja untuk kepentingan keluarga dan anak walaupun ada syarat bekerja sebelum ini. Islam juga tidak membenarkan suami mensyaratkan isteri berkongsi pendapatannya dengan suami apabila bekerja. 

Islam membenarkan adanya persefahaman antara suami isteri dalam berkongsi hasil pendapatan dan pengurusan kewangan antara kedua-dua mereka. 

Ia dibuat tanpa paksaan dan kerelaan isteri. (Lihat perbincangan, ‘Wajibkah Memberikan Nafkah Jika Isteri Bekerja?’ dan petikan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 di Dubai pada 9-14 April 2005 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12243.0). 

Dengan kata lain, suami tidak boleh lepas tangan dalam memberi nafkah kepada isteri dengan alasan isteri bekerja. Memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami. 

Mana-mana isteri yang tidak berpuas hati dengan pengabaian nafkah bolehlah melaporkan aduan kepada pihak berkuasa agama untuk penyelesaian

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN




DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati. 

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.

Rahsia-rahsia Suami Kepada Isterinya




1. Suami berkeinginan untuk di hormati.
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami. Maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.
Lelaki terutama sekali lelaki Islam, telah diajar bahawa suami meruapakan ketua rumah tangga. Ketua rumah tangga ini telah dididik dan diajar sejak kecil lagi bahawa merekalah yang akan menanggung keluarga.
Adalah amat susah bagi lelaki untuk pulang ke rumah yang mana dirinya tidak dihormati. Justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan prioriti dalam rumah tangga.
Tiada hormat maka tiadalah cinta yang dapat diberikan oleh suami. Amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga dan apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.

Image
[ca_audio url=”http://alhafiz.net/wp-content/uploads/2012/11/004034.mp3″ width=”500″ height=”27″ css_class=”codeart-google-mp3-player”]

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah An-Nisa , Ayat 34)
2. Suami ingin memiliki isteri yang setia.
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang. Namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Suami memerlukan isteri, atau wanita dalam hidupnya. Walaupun, ada suami yang menyangka bahwa dia boleh hidup tanpa wanita. Namun, hakikatnya lelaki amat memerlukan suami.
Justeru, berilah apa yang suami inginkan, kesetian. Kesetian bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.
Lelaki sering memikirkan sama ada isteri mereka akan tetap bersama mereka jika berlaku masalah kewangan, kehilangan kerja, dilanda penyakit yang menyebabkan kehilangan mata pencarian. Kegagalan dalam perniagaan atau suami terpaksa berhenti kerja untuk sambung belajar atau ketika suami difitnah dan menyebabkan nama baiknya tercalar.
Kesetian merupakan asas dalam perhubungan bagi suami. Jika isteri setia pada suami, maka kesetian jugalah yang akan diberikan oleh suami kepada isteri.
3. Suami sentiasa mahu keperluan sex dipenuhi.
Setuju atau tidak, sex merupakan satu keperluan bagi suami. Walaupun, perkara ini tidak dibincang secara terbuka. Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan sex sebagai salah satu perkara yang diinginkan daripada suami.
Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu yang menyebabkan suami rasa di reject.
Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.”
(Muslim)
Jadi, usahalah sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak suami. Jika berada dalam keadaan uzur atau tidak sihat. Maka, tolaklah dengan cara baik dan beritahu masa lain untuk bersama. Isteri juga boleh mengambil inisiatif untuk bersama suami. Ini akan menambahkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga.
Keinginan sex ini juga berkait rapat dengan 2 perkara di atas iaitu rasa hormat dan memilki isteri yang setia.
4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang perempuan.
Eh, mana boleh suami fikirkan wanita lain selain isteri. Okay, maksud suami sentiasa memikirkan tentang perempuan bermaksud seperti mana perempuan bercerita mengenai lelaki bergitu jugalah lelaki akan bercerita mengenai perempuan. Cuma beza adalah dari segi kekerapan.
Maksud berfikir tentang perempuan bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri, atau suami berfikir untuk kahwin dua, atau suami berfantasi dengan perempuan lain.
Cuma itu adalah lumrah dan sifat lelaki dan perkara ini dirahsiakan dan tidak diberitahu kepada isteri. Ini adalah lumrah atau cara otak lelaki berfikir secara langsung atau tidak langsung.
Untuk mengelakan suami daripada berfikiran seperti ini.
Berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi. 1. Hormat 2. Setia 3. Sex
Insyallah, suami akan teragak-agak untuk cari lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka dan berusaha untuk mengembirakan hati isterinya. Contohnya: Beri duit lebih, bawa makan angin, beri hadiah mahal dan akan lebih mahu mendengar dan memenuhi permintaan isteri mereka.
5. Suami suka mengembirakan hati isteri.
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk isteri dan keluarga. Kenapakah suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?
Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri.
Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami.
Walaupun demikian, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak buat untuk isteri. Atau mencari jalan untuk mengagalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.
Ini akan menyebabkan suami kecewa dan rasa tidak dihormati. Rasa hormat merupakan perkara pertama yang diingini oleh suami yang tidak diberitahu kepada isteri.
6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka.
Allah Berfirman dalam surah Al-Asr ayat 3
Image
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Juga memaksa suami jarang sekali berkesan.
Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami. Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.
7. Suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya.
Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.
Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka.
Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.
Jesteru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Contohnya: Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami

TIPS MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA BEZA AGAMA




HARGAI MEREKA

Hargai pasangan anda. Situasi pada saat ini adalah cinta yang datang tanpa kita minta. Dengan menghargai pasangan kita adalah perkara terbaik yang boleh kita lakukan


JANGAN MENGUBAH PASANGAN KITA

Cubaan anda untuk mengubah pasangan kerana ingin kehidupan cinta anda berlanjutan hanya akan menimbulkan rasa pelik. Ini akan menimbulkan rasa menyesal pada pasangan kerana menjalinkan hubungan dengan anda


BERFIKIRAN TERBUKA


Sama seperti hidup dalam sebuah negara yang mempunyai banyak budara dan berbeza agama, maka umumnya kita mempunyai pandangan yang tersendiri. Siapkan diri untuk lebih berfikiran terbuka terhadap perkara sekeliling agar tidak menyinggung antara satu sama lain.


BINCANGKAN MASA HADAPAN


Jangan lupa untuk membicarakan masa depan. Kemana hendak dibawa hubungan ini dan bagaimana pandangan anda bertentang keyakinan yang berbeza. Melambatkan proses perbincangan akan membuatkan hubungan anda terombang ambing 

KELEBIHAN WANITA LEBIH TUA DARI LELAKI





LEBIH MENIKMATI SEKS

Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an.

Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.

LEBIH BIJAK DAN POSITIF

Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian.

Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta memberi simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan.

LEBIH MENGHARGAI CINTA

Penambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya.


PENGALAMAN LUAS

Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan.

Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Sementelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia




Tips Elak Stress Di tempat Kerja


  1. punca tekanan – Kadangkala kita sendiri tahu apa yang menyebabkan punca stress di pejabat. Mungkin suasana pejabat, orang-orang di sekeliling kita, bos, atau pekerjaan yang tidak sesuai dengan diri kita. Jadi anda harus mengenalpasti punca tekanan anda terlebih dahulu.
  2. Berehat sebentar – Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
  3. Tarik nafas dalam-dalam – Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
  4. Berbincang dengan rakan – Masalah takkan selesai jika anda mendiamkan diri dan makan hati. Sebaiknya jika anda segan atau malu berbincang dengan teman sekerja atau bos, anda boleh juga meluahkan ia pada rakan terdekat atau pasangan anda. Mungkin ada idea atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.
  5. Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk bersantai, menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
  6. Layari laman web anti-stres – Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block dipejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat.
  7. Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda. Di gimnasium juga terdapat kelas aerobic, yoga dan tarian yang boleh menyihatkan tubuh dan minda.
  8. Ketawa  dan senyum – memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
  9. Makan dengan betul – Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress.
  10. Cari pekerjaan lain – Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang. Sabar jika anda masih sayangkan kerja anda. Ini yang terbaik
- See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2013/05/10-tips-mudah-kurangkan-stress-di.html#sthash.P1xf4akT.dpuf

Cara Elak Buasir Ketika Mengandung

Buasir Ketika Mengandung
Ramai di kalangan wanita hamil menghidapi masalah buasir (hemeroid) sering berlaku kepada wanita hamil & wanita berpantang. Buasir adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur dan memang sering terjadi semasa hamil. Sesetengah wanita mangalami masalah ini ketika hamil buat kali pertama. Ianya juga boleh berlaku kepada anak gadis atau kaum lelaki tetapi risikonya lebih kepada wanita hamil disebabkan tekanan janin terhadap saluran vena (darah) pada dubur. Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan seterusnya kerja² penghadaman menjadi semakin lambat dan mengakibatkan najis mengeras....
Jenis Buasir 

1) Buasir dalaman (prolaps) iaitu tertumpu di bahagian dalam saluran rektum...dimana tidak menyebabkan sakit atau gatal kerna terletak jauh di dalam saluran rektum...namun kekerapan meneran ketika membuang air besar boleh mendatangkan kecederaan bengkak sediada sehingga mengakibatkan pendarahan...

2) Buasir luaran iaitu bengkak terjulur keluar dari lubang dubur tersebut dimana cenderung kpd simptom sakit, pedih & gatal...jika tersepit, bekalan darah ke saluran dubur ini akan terhalang sehingga mendatangkan kesakitan...tp ada juga kes kedua² buasir boleh berlaku dgn serentak...kasihan...


Tanda Buasir :
- Tabiat pemakanan yang kurang elok.
- Kurang minum air.
- Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
- Kurang bersenam.
- Sembelit atau cirit birit.
- Mengangkat benda berat.
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Batuk yang teruk
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
Hamil
- Bersalin

Punca Buasir : 

- Tabiat pemakanan yang kurang elok.
- Kurang minum air.
- Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
- Kurang bersenam.
- Sembelit atau cirit birit.
- Mengangkat benda berat.
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Batuk yang teruk
- Hamil
- Bersalin

Pencegahan : 
- Dapatkan nasihat mengenai corak pemakanan yg sihat
- Kurangkan makan makanan yang pedas
- Perbanyakan makanan tinggi berserat ; buah, sayur & bijirin
- Minum air kosong 8 gelas sehari (walaupun ada stgh org kata mnm air yg byk x elok utk org berpantang)
- Tingkatkan kebersihan spt cuci sekerap yg mungkin dan menggunakan sabun n air yg bersih
- Berendam di dalam air suam selama 15minit pn bagus utk mengurangkan buasir
penggunaan garam mandian yg blh dibeli di farmasi

Kaedah Rawatan : 
Jika berhadapan dengan masalah ini, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Antaranya ialah:
- Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
- Rendam punggung anda dalam air suam.
- Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Anda juga boleh gunakan tisu berpelembap atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
- Selain daripada itu, anda boleh juga dapatkan ubatan untuk melegakan buasir daripada doktor pakar.
- Benzokin dapat mengurangkan kesakitan
- Noradrenaline dapat mengecutkan salur darah yg bengkak
- Salap petrolatum (gliserin) dpt mengekalkan kelembapan di kawasan buasir tersebut
utk buasir dalaman perlu menggunakan ubat supositori atau paip utk kaedah rawatan
- Berjumpa doktor sekiranya semakin teruk

Rawatan Tradisional :
- Penggunaan herba dlm bentuk tablet
- Bertangkas dari pelbagai jenis daun herba terutama pegaga akan direbus di dlm periuk dan pesakit akan duduk di atas periuk dimana akan mengecutkan bengkak tersebut
- Guna minyak gamat asli bagi menyembuhkan luka
- Ada juga sesetengah pengamal tradisional menggunakan kuda laut kering untuk merawat buasir


Amalan Yang Perlu Dihindari :
- Nenas, keladi, kacang (tak pasti semua jenis kekacang or yg tertentu saja)
- Jangan berdiri terlalu lama.
- Jangan duduk juga terlalu lama (contoh setiap 1 jam cuba bangun berjln²)
- Hindari duduk bertinggung/mencangkung.(Jika guna toilet lebih baik guna yg duduk)
- Elakkan makan yg pedas juga berempah seperti kari dan sebagainya.
- Elak minum teh,kopi atau alkohol (boleh merangsang usus).
- Elakkan mengangkat bebanan yg agak berat.

Makanan Yang Disarankan :
- Kategori bijirin spt cornflake,oat,nestum.
- Roti gandum
- Sayuran² berserat tinggi (Sumber Sayuran Berserat). Cth ; bayam,daun selada (lettuce), karot, buncis, sawi hijau, kubis, seleri, mentimun, labu kuning dan paprika)
- Buah²an berserat tinggi cth ; tembikai, epal merah, melon, buah naga,belimbing, pir hijau, jambu biji merah, betik, nenas, pisang, avakado, laici, mangga dan tomato,buah tin segar dan masih basah jika dimakan dikatakan dpt menghilangkan buasir juga. Selain itu buah ara fig(fin)..namun tidak diketahui bentuknya atau nama lain juga dikatakan elok dimakan

Perbezaan Karma Dan Kifarah

Maksud Karma

Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.

Dari segi bahasanya: Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.

Pandangan Islam amat jelas melalui
 Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: 
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula."

Tetapi harus diingat! Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.

Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.


Maksud Kifarah


         Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
 
Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.

Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda
 "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

*************************

Maka kita sebagai umat islam adalah dituntut untuk tidak menggunakan Karma sebagai konsep pembalasan, atau sebagai Idea, atau sebagai penggunaan perkataan kerana Karma itu sendiri adalah terma/konsep khusus di dalam agama Buddha, Hindu dan Jainism.

          Perlu kita faham bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam contohnya seperti maksud di atas dan seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.

Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.

Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri. Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.
Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)

Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” 
(Surah Ali Imran, 3: 85)

Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya

Tips Simpan Gaji

1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.
Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur ;)
2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.
matlamat-diari-iphone
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.
Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.
3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.
timeframe-simpan-duit
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”
Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.
Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.
Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.
Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.
Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Dan itu membawa saya ke point seterusnya…
4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.
analysis-299692_1280
Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.
Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.
YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.
Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.
5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.
kira-bajet
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.
Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil sepertishavers atau syampu dan lain-lain.
Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.
Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.
Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.
Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Storeuntuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.
6. Kurangkan Perbelanjaan Anda.
kurang-belanja
Dah rekodkan perbelanjaan anda?
Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.
Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.
Dan yang anda boleh kurangkan.
Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.
Apa yang penting?
Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.
Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.
11 soalan di bawah boleh digunakan untuk anda bertanyakan kepada diri anda mana yang anda boleh potong kos hidup anda.
  1. Bolehkah anda bergerak ke sebuah apartmen atau rumah yang sewanya lebih murah?
  2. Bolehkah anda membiayai semula (refinance)?
  3. Bolehkah anda menjimatkan wang pada minyak, atau tidak menggunakan kereta langsung? Jika keluarga anda mempunyai banyak kereta, bolehkah anda menggunakan hanya satu?
  4. Bolehkah anda mendapatkan kadar caj yang lebih baik untuk insurans anda? Telefon bank-bank dan syarikat insurans yang ada dan pastikan anda mendapat harga terbaik.
  5. Bolehkah anda berhenti menggunakan telefon landline (talian darat) dan menggunakan telefon bimbit anda atau menyimpan wang dengan menghubungi melalui internet secara percuma dengan perkhidmatan seperti Skype?
  6. Bolehkah anda hidup tanpa Astro?
  7. Bolehkah anda mengurangkan bil-bil utiliti (telefon, elekktrik dan air) anda?
  8. Bolehkah anda mengurangkan makan di luar?
  9. Bolehkah anda membeli bahan makanan secara banyak-banyak untuk mengelakkan anda kerap keluar?
  10. Bagaimana dengan menggunakan kupon?
  11. Boleh anda masak di rumah? Anda mungkin dapat menjimatkan wang yang banyak apabila membeli banyak-banyak sekali gus.
Beli hanya semasa diskaun TETAPI jangan jadikan alasan untuk membeli sepanjang masa ada diskaun. Kadang-kadang itu adalah trik pasaraya dengan letah harga tinggi dan cakap ada diskaun sebanyak tu.
Berhati-hati dengan taktik pasaraya.
Jika anda boleh jimat berbelanja sampai 50% pun dah bagus dah.
7. Nilai Semula Matlamat Simpanan Anda.
fikir-balik
Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.
Berapa banyak bezanya?
Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?
Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.
Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.
Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli ;)
8. Buat Bajet Anda Sendiri
buat-bajet-sendiri
Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.
Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.
Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.
Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.”
9. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.
kredit-kad-wallet
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.
Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.
Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.
Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.
Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.
Kad kredit tidak semestinya jahat.
Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.
Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.
Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang.
Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.
10. Letak Duit Dalam Balang
susun-ikut-balang
Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing.
Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum… Letak dalam balangnya sendiri.
Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.
Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis.
Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit.
11. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang Lebih Tinggi
Tidak semestinya Maybank ya. Okay?
Tidak semestinya Maybank ya. Okay?
Senang je nak faham kan poin ni?
Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi.
Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.
Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat.
Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.
12. Bayar Diri Sendiri Dahulu.
sayang-diri-sendiri
Simpanan harus menjadi keutamaan anda.
jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.
Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda.
Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.
Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya).
13. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.
kenapa-jangan-menyerah
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan.
Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu… mula bertambah.
Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda.
Sebenarnya Banyak Cara Nak Menyimpan Kan?
Setiap kali anda pergi untuk membeli sesuatu, cuba fikir sebab yang menyebabkan anda menyimpan. Dan betapa dekatnya anda dengan objektif simpanan anda sebenarnya.
Cuba anda kongsi benda yang anda cuba buat. Anda akan dapat lihat sama ada rakan anda sokong ataupun lawan tapi cuba motivasikan mereka untuk mengikut anda kerana ini akan membentuk satu kitaran mulia (virtuous cycle).
Ingat Tentang Harta Anda!
Anda kena pandai jaga harta benda anda. Kalau anda ada berus gigi elektrik dan motor untuk biar berusnya berpusing itu rosak anda tak perlu beli baru. Guna terus. Tengok waranti barang yang anda beli.
Kalau ada ada hobi, anda perlu fikir lebih banyak.
Anda kena tentukan satu peraturan di mana anda perlu tentukan berapa banyak duit yang akan anda habiskan untuk hobi tersebut. Ini sangat penting terutama sekali kalau anda ada hobi yang mahal.
Jika anda dapat durian runtuh, anda boleh mengenepikan duit yang anda dapat tu mengikut jadual anda.
Kalau anda tetapkan diri anda kena simpan 10% daripada semua duit yang anda dapat… simpan duit sebanyak tu.
Apabila anda membuat pembelian dengan wang kertas, akan ada baki. Simpan baki anda dalam balang atau dalam mug (saya gunakan mug plastik untuk simpan duit syiling saya).
Satu mug kalau penuh boleh dapat lebih daripada RM50. Ada masa tu saja kumpul-kumpul dapat nak dekat RM100. Hanya daripada satu mug. Jangan guna duit tu pula nanti lepas dah tebus kepada wang kertas ya!
Sebenarnya kita boleh menyimpan duit tanpa mengambil kira pendapatan kita. Mula sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, RM50 secara automatik dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anda.
Setahun dah dapat RM600. Ini hanyalah satu kiraan yang sangat konservatif. Saya rasa anda boleh simpan lagi banyak.
Bila anda mula sedikit demi sedikit tabiat menabung ni, anda akan perasan yang anda sebenarnya tidak perlu pakai duit yang banyak.
Tentang Kad Kredit Anda Tu
Kalau anda rasa anda tak boleh potong kad kredit anda. Sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan penggunaan kad-kad anda. Jangan letakkan dalam dompet. Letakkan kad-kad itu d tempat yang lain.
Lagi susah nak capai lagi bagus. Anda hanya dibenarkan guna bila anda betul-betul perlu sahaja. Cara ini agak lawak tapi kalau anda susah nak capai, susah lah anda nak guna.
Kalau anda setiap bulan dapat gaji yang lebih kurang sama, senang untuk anda kawal bajet anda.
jika gaji anda setiap bulan berubah, susah sikit. Tapi jangan menyerah! Senaraikan perbelanjaan anda ikut kategori dan mana yang anda boleh kurangkan perbelanjaan. Jangan letakkan sasaran tinggi. Anda kena tahu had anda.
Bila anda dah boleh dapat konsisten gaji, baru anda sasarkan tahap yang lebih tinggi.
Anda perlu berikrar kepada diri anda yang anda akan simpan duit. Ulangi pada diri anda sendiri mengenai sebab anda menyimpan dan cuci minda anda sendiri mengenai hutang. Hutang bukan satu pilihan.
Jangan Lupa Berseronok
Cuba cari keseronokan tanpa perlu membazirkan duit. Mungkin anda boleh belajar menari (boleh menari dengan isteri/suami anda), atau anda bersenam, bermain teka-teki dan sebagainya.
Cuba cari sesuatu yang tidak memerlukan anda mengeluarkan duit.
Kadang-kadang anda boleh luangkan masa dengan berbincang mengenai falsafah, mungkin juga mendalami ilmu agama dan ilmu kewangan (seperti yang anda buat sekarang ini) tanpa perlu menghabiskan duit.
Sebenarnya banyak benda yang anda boleh buat tanpa perlu menghabiskan duit. Anda hanya perlu imaginasi dan lihat apa yang ada di luar sana.
Pelbagai talian persahabatan boleh terjalin bila anda terlibat dalam permainan-permainan yang ada di luar sana. Jumpa orang, dan main. Tak pakai duit dan memupuk semangat kekitaan anda.
Ada Alasan Untuk “Ponteng” Berjimat?
Setiap kali anda mencari alasan untuk ponteng berjimat, saman diri anda. Caj diri anda 50 sen untuk setiap alasan ke dalam tabung anda. Anda akan dapat tengok berapa banyak alasan sebenarnya yang anda beri pada diri anda untuk tidak berjimat.
Jika betul anda memerlukan sesuatu, cuba anda tanya diri anda, adakah anda betul-betul memerlukannya atau hanya keinginan anda semata-mata? Sebahagian besar daripada benda yang anda ingat anda perlukan, adalah sesuatu yang anda tidak perlukan.
Peringatan Untuk Mereka Yang Ingin Menyimpan Duit
Jika anda mempunyai kawan yang boros, anda mungkin perlu membuat satu senarai alasan untuk menjelaskan mengapa anda tidak boleh keluar dengan mereka sepanjang masa.
Jangan keluar window shopping dengan membawa duit. Anda lambat laun akan terdorong untuk membelanjakan wang anda. Hanya membeli-belah dengan senarai barang yang telah ditetapkan.
Selepas seminggu yang panjang bekerja, anda mungkin terdorong untuk berbelanja dengan memberitahu diri anda sendiri, “Saya berhak dapatkan ni”.
Ingat: perkara yang anda beli bukannya hadiah pada diri sendiri. Tapi adalah satu pertukaran antara wang anda dengan satu produk.
Anda boleh katakan pada diri anda: “Sudah tentu saya layak untuk beli, tetapi sebenarnya saya mampu atau tidak? Jika saya tidak mampu, saya memang layak, dan saya masih layak untuk memenuhi matlamat simpanan saya!”
Melainkan jika anda berada di dalam  yang benar-benar terdesak (seperti anak anda kelaparan ataupun ada orang mengacu pistol ke kepala anda), jangan sentuh langsung duit tu.
Jangan fikirkan perkara yang remeh-temeh seperti keluar makan dengan rakan anda ataupun buat perkara yang membazir.
Benda-benda ni boleh tunggu kemudian hari kerana apabila anda ponteng membuat tabungan, anda akan mendapat masalah pada kemudian hari.
Jangan risau kalau tak dapat ikut 100%. Anda boleh cuba lagi nanti.
14. Tip Terakhir
Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil